Pembentangan 1


Kertas kerja : 1

1.     Kajian mendapati permasalahan sosial dan penggunaan bahan  terlarang dalam kalangan murid sekolah menengah Felda amat membimbangkan kerana gejala ini boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan Negara.
2.    Masalah gejala sosial  dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja akan mencapai tahap epidemik sekiranya langkah tegas tidak diambil untuk membenterasnya.
3.    Usaha berterusan perlulah dilaksanakan dalam memberikan pendidikan pencegahan awalan kepada murid di mana ia mampu membimbing mereka mengelakkan diri daripada terjebak untuk mencuba dadah.
4.    Hasil kajian Unit PPDA, Jabatan Pelajaran Pahang pada tahun 2006 menunjukkan penggunaan bahan terlarang yang utama dalam kalangan murid ialah menghisap rokok, diikuti meminum minuman keras, menagih ubat batuk, menghidu gam, menghisap ganja, menagih pil khayal dan menggunakan syabu.
5.    Masalah rokok perlu diberi perhatian utama kerana 50% murid mengaku pernah mencuba rokok dan kebanyakan aktiviti ini berlaku di luar kawasan sekolah
6.    Tahap umur mula merokok juga perlu diberi perhatian kerana didapati dalam kajian ini 22.5% murid mula merokok sejak di sekolah rendah.Dapatan kajian
juga menunjukkan sebahagian daripada murid adalah perokok tegar kerana merokok lebih daripada tiga batang sehari.
7.    Selain terlibat dengan penggunaan bahan terlarang, masalah tingkahlaku sosial juga merupakan ancaman kepada murid terutama berkaitan seks bebas.
8.    Kajian menunjukkan terdapat kecenderungan murid terjebak kepada perlakuan seks bebas dan seterusnya mengakibatkan terdedah kepada jangkitan penyakit HIV / AIDS.
9.    Walaupun hanya 7 % yang mengaku pernah melakukan hubungan seks bebas tetapi lebih 50 % murid yang dikaji menyatakan pernah menonton filem lucah sama ada melalui VCD, DVD dan juga telefon bimbit.
10. Terdapat pelbagai faktor seseorang remaja dan kanak-kanak terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang dan berkencederungan untuk terlibat dengan tingkahlaku sosial.
11. Faktor rakan sebaya banyak diperkatakan dalam kebanyakan kajian terdahulu sama ada di dalam atau di luar negara. Pada peringkat umur yang kritikal ini, murid-murid kebiasaannya tidak berjaya menangkis ajakan rakan sebaya dalam kancah penggunaan dadah.
12. Kajian juga mendapati faktor rakan sebaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan kecenderungan untuk mengambil rokok dalam kajian kes ke atas 53 842 orang murid. Tabiat menghidu gam di kalangan remaja terutamanya adalah berpunca daripada ketidakupayaan untuk mengelakkan diri daripada pengaruh rakan sebaya.
13. Keruntuhan institusi keluarga dan terlibat dengan kumpulan rakan menyebabkan seseorang remaja terlibat dengan tingkahlaku sosial dan penggunaan bahan terlarang. Jenkin, (1998).

14. Menurut Meeks, Hait dan Page ( 2007 ) mengatakan antara risk factors boleh dilihat seperti berikut :

Ø  Dibesarkan dalam keluarga disfungsi
Ø  Mempunyai harga diri yang rendah
Ø  Tidak berkeupayaan melawan tekanan rakan sebaya
Ø  Kesan daripada masalah ekonomi
Ø  Tidak jujur dalam persahabatan
Ø  Mempunyai latar belakang genetik dengan pergantungan kepada bahan kimia / dadah
Ø  Hidup dalam keluarga berpecah
Ø  Kemurungan
Ø  Bermasalah mencapai kejayaan di sekolah
Ø  Mempunyai kecelaruan karekter yang tidak matang.

15. Beberapa implikasi yang penting kepada Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah khususnya dalam menilai semula pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah agar lebih menyeluruh dan seterusnya mencapai visi Kementerian Muridan Malaysia ke   arah “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”

i)             Pendidikan Pencegahan Dadah tidak seharusnya di pandang mudah dan remeh kerana implikasinya sangat besar dalam melahirkan warganegara yang kualiti dan berketrampilan. Setiap warga sekolah wajar memberi perhatian yang serius dan yang berterusan dalam memastikan semua murid mendapat pendidikan pencegahan awalan.

ii)            Penguatkuasaan pelaksanaan arahan surat-surat siaran dan pekeliling yang berkaitan pendidikan pencegahan dadah secara tegas dan berterusan perlu dilakukan bagi mengukuh dan memperjelas keperluan pendidikan pencegahan dadah di peringkat sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 3/2004 iaitu “Memperkasa Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah” hendaklah dijadikan asas dan panduan.




iii)           Pendidikan Pencegahan Dadah perlu dilakukan secara bersepadu atau melalui kaedah permuafakatan dengan melibatkan semua kumpulan berikut :
a.    Masyarakat sekolah : iaitu pihak pengurusan sekolah, guru, murid dan kakitangan sokongan.
b.    Persatuan Ibu Bapa Guru ( PIBG ), Ibu bapa dan penjaga dan penjaga serta semua masyarakat setempat.
c.    Pihak penguatkuasa undang-undang seperti pihak Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
   Kerjasama perlu dibuat melalui satu rangkaian yang jelas dalam penyampaian dan penyaluran maklumat antidadah, merancang dan menyediakan pelan tindakan secara bersama serta menguatkuasakan peraturan disiplin sekolah.
iv).         Pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pelajaran Daerah, seharusnya lebih
           kerap membuat pemantauan yang berkesan dan berterusan ke sekolah
           dengan memastikan program pendidikan pencegahan dadah dilaksanakan
           mengikut takwim. Program berasaskan sekolah perlu diperbanyakkan bagi      
           memberi lebih peluang kepada murid mendapat maklumat berkaitan
           pendidikan pencegahan.

v).   Pelaksanaan Bilik Sumber dan Sudut atau Lorong Pendidikan Pendidikan 
       Dadah di sekolah dilihat sebagai strategi yang amat berkesan dalam usaha
       memastikan semua murid mendapat pencegahan awalan. Oleh itu pihak
       pentadbir sekolah perlu memastikan sekolah mewujudkan Bilik Sumber dan
       Sudut atau Lorong Pendidikan Pencegahan Dadah sebagai sumber informasi
       dalam memastikan semua murid mendapat pendidikan pencegahan awalan
       berkaitan lima bidang pendidikan pencegahan yang utama iaitu pendidikan
       pencegahan dadah, rokok, inhalan, arak dan HIV / AIDS.





vi).  Masalah penagihan rokok dalam kalangan murid dilihat sebagai satu penyakit
       yang perlu diatasi segera. O leh itu pihak sekolah perlu menghapuskan
       rangkaian atau system jaringan terutama sumber mendapatkan bekalan melalui
       penglibatan murid dalam program permuafakatan. Selain itu, pihak sekolah perlu
       menyediakan satu system kawalan bagi mencegah murid menggunakan masa
       terluang dengan perlakuan terlarang khasnya tiga waktu utama iaitu sebelum
       waktu persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi persekolahan
       harian.

vii).  Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi berkaitan perlu menyalurkan
        peruntukan khusus kepada sekolah supaya lebih banyak program pendidikan
        pencegahan di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan.